Kolonial Mimpi

Sahidzan Salleh


Kolonial Mimpi

Kolonial Mimpi

  • Title: Kolonial Mimpi
  • Author: Sahidzan Salleh
  • ISBN: 9789671112472
  • Page: 140
  • Format: Paperback



Dalam kalut perintah darurat, Hairi tersedar yang dia berada di Kuala Lumpur Khayalannya berbaur Ingatannya kabur Di saat negara mulai dijajah, dia masih lagi dalam keliru dan ingin kembali ke Kota Kinabalu Dari sebuah hotel di Kuala Lumpur, ke KLIA dan Flat Jingga, Hairi tercampak ke dalam penjara dan bertemu dengan seorang tentera diRaja.Dari ingatan yang paling diinDalam kalut perintah darurat, Hairi tersedar yang dia berada di Kuala Lumpur Khayalannya berbaur Ingatannya kabur Di saat negara mulai dijajah, dia masih lagi dalam keliru dan ingin kembali ke Kota Kinabalu Dari sebuah hotel di Kuala Lumpur, ke KLIA dan Flat Jingga, Hairi tercampak ke dalam penjara dan bertemu dengan seorang tentera diRaja.Dari ingatan yang paling diingati, Hairi hanyalah seorang pustakawan yang larut dalam mimpi mimpi cinta seorang wanita dengan wangian lavender, namun dia berakhir sebagai seorang anggota Militan Kinabalu menentang penjajah di Borneo Utara Kolonial Mimpi, sebuah sci fi perjalanan separa sedar seorang pemuda bernama Hairi di kala negara kembali terjajah.Novel nukilan Sahidzan Salleh.


Recent Comments "Kolonial Mimpi"

Enggan saya letakkan bintang (rating) kerana saya mahu mereka yang sedang membelek reviu untuk buku ini untuk membaca hasil tulisannya sendiri. Kerana--citarasa yang banyak memainkan peranan dalam membezakan laras kepintaran masing-masing untuk mengatakan betapa magisnya ataupun betapa buruknya nukilan seseorang tersebut. Cukuplah untuk saya katakan selepas membaca edisi manuskrip pertama yang masih suci yang banyak kekurangan dan juga edisi kedua yang telah diterbitkan ini--banyak bezanya, bany [...]

buku ni ada 43 bab setebal 323 mukasurat. seseorang lelaki amnesia kronik mencari identiti dalam masa yang sama, negara dijajah kembali. aku suka cara sahidzan menulis, detail dan penuh imaginasi.

kolonial mimpi. keseluruhannya cerita ni boleh dikatakan antara yang terbaik dalam kalangan buku genre sci-fi melayu yang aku baca. sebab tak banyak pun buku bergenre sci-fi yang aku baca. lagi lagi dalam bahasa melayunulis berjaya buat aku hanyut dalam imajinasi peperangan di masa hadapan. bagaimana keadaan dunia berpuluh tahun dari sekarang. dan ya penulis juga berjaya menanam sikap benci kepada amerika sepanjang aku membaca novel ni.aku nak kasi 5 bintang. tapi aku tak mahu sebab aku rasakan [...]

"Negara kita yang tercinta ini sedang berhadapan dengan suatu situasi yang amat kritikal. Perintah darurat akan ditamatkan dan ditarik balik serta-merta serentak dengan pengumuman ini. Diharap setiap rakyat negara ini berada dalam keadaan berjaga-jaga dan bersatu padu bagi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara Kita bakal menghadapi satu serangan dari tentera luar. Para tentera kita, pejuang-pejuang kita, sedang bersiap sedia di perbatasan negara untuk mempertahankan kedaulatan tanah t [...]

okei. mula dengan kulit buku. menarik. menggunakan warna ala-ala askar. sedikit sebanyak memberikan idea tentang isi bukusunan kata-kata yang menarik. setakat yang aku baca cuma ada beberapa kesalahan ejaan. maaf, mata aku ni laju sahaja mengesan perkara sebeginirlatar-belakangkan masa hadapan. atmosferanya peperangan. aku anak pasca merdeka. tidak mempunyai input khusus atau pengalaman peperangan. hanya mengetahuinya dari media massa dan buku-buku. bila aku membaca buku ini aku dapat rasakan pe [...]

saya masih mencari Spartacus. di mana-mana saya akan mencari Spartacus. di tanah lamanya yang hangus, di Roma, di gelanggang Batthius, di bilik perempuan setianya, di pasar-pasar. mengapa Spartacus yang ada dalam fikiran aku? mengapa?peperangan. kerna peperangan. peperangan adalah mimpi-mimpi yang menggairahkan. kita boleh berada di mana-mana kita mau selama kita berada dalam peperangan. begitulah Sahidzan Salleh.

sebuah karya perang,sci fi, penjajahan, yg menarik untuk dibaca tp perlu dihadam dengan betul2 supaya tiada kekeliruan akan berlakuangkan ideologi2 negara kite skrgimana malaysia boleh dijajah suatu hari nantihairi seorang pustakawan telah trjebak dlm kolonial mimpi yg misteri.ot n kisah yg menarik. ada sdkt kelemahan.leh diperbaikigood books.anx lejenpress n sahidzan salleh

Bahasa yang mudah, plot cerita yang terkadang tak dijangka, serta penerangan yang terperinci buat cerita ini indah untuk dihadam.Sahidzan punya tulisan yang baik,cuma plotnya yang mengambil latar di Borneo terkadang susah untuk digambarkan kerana tak semua orang pernah sampai ke Borneo.Tapi, itulah gunanya imaginasi.

Khalaqtutlah aneh lelaki bernama Hairi ni Incik Penulis, walaupun ada part yang meleret2, namun, masih, saya berpuas hati~

Sebuah novel sci-fi yang macho, semacho kulit muka depannya. Mengambil latar masa pada ambang penjajahan Amerika di Malaysia tahun 2066, mengisahkan Hairi seorang pustakawan di Sabah dan penghidap amnesia dengan secara tidak sengaja telah terjebak dalam kancah perjuangan menentang penjajah. Jalan ceritannya agak rumit. Bermula dari saat Hairi yang tiba-tiba tersedar di The Rennes Hotel Kuala Lumpur bersama sebuah bag laptop yang terkunci, dibawa ke Flat Jingga oleh Kamal selepas penerbangan ke S [...]

Dah lama aku tak hadam buku yang selazat ini. Hah, Kolonial Mimpi, jalan cerita yang menarik, buat aku berfikir, berjaya masukkan aku ke dalam dunia Kolonial Mimpi, dan tahniah Sahidzan Salleh, sebuah buku genre sci-fi yang berjaya.

If this book has a tagline it would be " expect the unexpected". A great read!

Sa-moga difilemkan dan dibikin sekuelnya.

Bintang yang aku letak tak penting. Tapi aku nak orang lain baca dan hadamkan. Sahidzan ada kekuatan sebab aku salah seorang pengikut tulisan dia.

Sci-fi peperangan yang banyak tertumpu di Sabah itu bagi saya sangatlah hipster. Walaupun fiksyen imaginasi, ianya tegap dan kukuh. Tahniah sahidzan

***

pada permulaan pembacaan ada dua filem yang terlintas dikepala saya, Memento dan Scott Pilgrim versus the world. Filem pertama tentang seorang yang mengidap penyakit amnesia dan terpaksa mengguna kamera polaroid untuk mengingati momen yang pernah dilalui dan filem kedua hanya kerana awek hairi yang bernama Ramona dan membuatkan saya berimijinasi yang Ramona berpewatakan yang sama dengan watak filem. ok, persetankan tulisan sia-sia ini. Saya seorang yang kurang gemar novel sci-fi dan alasan kuat [...]

Macam mana anda main Call odf Duty, rasa macam tu lah perasaan dia bila baca, ditambah pula watak utama seakan akan hero dalam Terminator Salvation bagai. Terbaik! Persekitaran digarap dengan mantap dengan kemasukan tentera US secara haram menyerang tanah air seolah-olah menggambarkan Malaysia kini seperti Iraq, Syria dan sebagainya.

Ini adalah buku terbaik yang membuat kita berimaginasi diluar kotak selepas Ramlee Awang Murshid. Tapi aku pening sedikit jalan ceritanya sebab ada banyak situasi. Dan yang menarik, jika aku punya formula gila seperti dalam Bab 36, pasti aku ubah wajah siapa siapa sahaja jadi Johnny Depp.

permulaan cerita mcm novel komsas ttg peperangan, tapi menuju ke pengakhiran baru nampak urban

perang dan politik berpisah tiada.

Mungkin aku tak suka sejarahTapi cerita ini bukan pasal sejarahCuma perangPerang masa hadapanYang perlu dibayangkanKalau sukakan fiksyenWajiblah baca sendiri

Saya habiskan bacaan buku berunsurkan kententeraan ini tepat pada ambang Merdeka 2016. Semoga Malaysia terus aman tidak kembali dijajah seperti yang digambarkan di dalam buku ini.

aksi yang awesome

Jalan cerita yang sangat menarik. Nilai patriotisme ditekankan dalam buku ini, yakni sesuai untuk anak muda kini. Harap ada sambungan.


  • [PDF] ↠ Free Download ☆ Kolonial Mimpi : by Sahidzan Salleh Ó
    140 Sahidzan Salleh
  • thumbnail Title: [PDF] ↠ Free Download ☆ Kolonial Mimpi : by Sahidzan Salleh Ó
    Posted by:Sahidzan Salleh
    Published :2019-03-27T15:11:46+00:00