Ketakutan

Aisa Linglung Izwan Hafifi Hasrul Rizwan Amal Hamsan Wan Shafiq Sang Gabriel Amirul Bozu Ophan Bunjos


Ketakutan

Ketakutan

  • Title: Ketakutan
  • Author: Aisa Linglung Izwan Hafifi Hasrul Rizwan Amal Hamsan Wan Shafiq Sang Gabriel Amirul Bozu Ophan Bunjos
  • ISBN: 9789671112489
  • Page: 477
  • Format: Paperback



Ia satu lumrah dan fitrah Daripada ketakutan muncul semangat dan keberanian Malah ego, marah, benci, dendam, cinta juga boleh beranak dan membiak dari ketakutan Baik ia tampak jelas di mata kasar mahupun terselindung di sebalik hijab, seru sebuah ketakutan itu dibungkus dalam buku ini.


Recent Comments "Ketakutan"

Pesan Lisa - ada sedikit humor, memang kisah hantu punRose & Laila - penamatnya sedikit tergantung, kisah kerasukanTilam & Teddy Bear Kuning - penamatnya seakan2 sama apabila kedua2 barang tersebut mencari mangsa seterusnyaParanormal - jalan ceritanya biasa2 sahajaReborn Alya - permulaan ceritanya agak menggelirukan, tapi bila menghampiri penamatnya, baru kita akan faham jalan cerita yang hendak di sampaikan penulisramnya ada kelainanCoro - kisah lipas.kin Lipas Jadian barangkaliSketsa M [...]

Ada beberapa cerpen dalam buku ni yang aku rasa bagus dan ada yang klise. Ramai penulis-penulis yang aku kenal dan tulisan mereka memang bagus. Dan aku suka cover buku ni.

ketakutan, mungkin pengertian ketakutan yang aku fahami ialah kematian.

Buku ni dah agak lama diterbitkan. Ada 15 buah antologi yang ada kaitan dengan ketakutan Weeiihhh Korang jangan ingat hantu jer bila sebut takut. banyak lagi perkara yang korang boleh rasa takut, betul kan? Cer la imaginasi yang hebat-hebat sikit 15 buah cerpen. Paling tertarik dengan Freedom karya The Bent Pencil Memula tertanya-tanya jugak, kisah apa ni? Kenapa dalam setiap adegan ketakutan ada terselit keindahan? Aduhai Mendalam sungguh rupanya cerpen ini. Sikit jer, cuba anda letakkan diri a [...]

ketakutan. baca tajuk dah mula rasa takut nak baca. tapi sebenarnya ketakutan ini bukan lah hanya kita takutkan hantu semata-mata. ia juga berkenaan dengan apa yang kita sendiri takutkan. contoh terdekat berkaitan kita adalah lipas. bila nampak lipas, terjerit-jerit apatah lagi kalau lipas dah mula kembangkan sayapnya. untuk keseluruhan cerita, buku ni belum capai lagi tahap ketakutan hingga boleh bikin gigil ketika membaca.

Himpunan cerpen y hanya mampu membesarkan kedua dua mata aku dan meninggalkan bunyi cengkerik di dalam kepala tetapi bukan rasa takut.Macam riak la pula aku kan? Aku bukan seorang y berani. Serius tak. Aku ada je moment tengok cerita hantu di sebalik celahan jari jari y menutup mata aku. Aku ada je moment di mana tangan aku cepat cepat menutup mulut sebaik hantu menyergah si pelakon cerita seram atau hantu menyergah penonton penonton seperti aku dari dalam kegelapan. Aku ada. Seperti kamu. Takut [...]

habis membaca buku ini dalam masa kurang dari 24 jam. secara keseluruhan bagi aku buku ni umpama kopi kurang susu. sedap dah cuma kurang nikmat. nikmat ketakutan yang nak aku rasai tu tak sampai ke puncaknya. ada sebahagian antalogi tu tak sempat nak cuak, dah habis dah. semua ni bt aku sesak nafas. tapi tu lah sebahagian je. tahniah aku ucapkan kepada Gaban Morka kerana Coro adalah satu-satunya cerita yang masuk dalam mimpi aku. Reborn Alya menarik! ada kelainan dari segi cerita2 genre seram al [...]

Ada yang bagus, ada yang kurang, ada yang biasa-biasa saja. Cukuplah untuk compliment each other- ini bagusnya buku berbentuk antologi/kumcer. Paling aku ingat cerpen 'Tilam', habis baca saja terus aku berkomentar sendiri what a crazy spooky apek. Dan sesungguhnya aku takkan percaya lagi dengan mana-mana apek bawak lori jual tilam. 'Freedom' is somewhat different dengan yang lain-lain. 'Coro' satu lagi yang aku suka- ending simple tapi jalan cerita quite entertaining although I hate lipas terban [...]

Mengaku memang diri ini sentiasa takut dengan ketakutan. Ini buku cerita yang pertama buat aku peluh-peluh bila membaca kerana aku kurang berani mahu memomokkan diri aku dengan cerita yang menakutkan kerana itu boleh membuat aku merasa lebih takut. Satu garapan cerita yang baik & kreatif oleh penulisan. Dan aku berjaya menghabiskan bacaan buku ini dalam masa 3 hari. kerana aku hanya berani membacanya pada waktu siang! LOLz :)

cerpen Tilam itu best, cuma agak klise bila mana cerita pasal sesuatu yg dibeli / dijumpai kemudian dibawa balik kerumah dan terima padah. cerpen pasal TEDDY BEAR KUNING pon sama, dah biasa sangat. bg aku cerpen yg unik dalam novel KETAKUTAN ni adalah Freedom , Jipez Keripez, Coro , Nyonya Jun. hah, lagi satu feveret aku Paranormal.

Compilation of cray stories. Cerita hantu yang berkesan, walaupun bukan semua. I realized people has their very own 'taste-buds' in choosing books. But some stories are in this book are really scary.Reveals the true "ketakutan". I must say, being a scaredy-cat like me, i can't really sleep after reading the book. It has the surreal events in it. My favourite story would be "Pisang".

Buku terbitan Lejen Press ini mengandungi 15 buah cerpen yang ditulis oleh 15 orang penulis berbakat. Semuanya adalah bertemakan tentang seram dan takut. Daripada 15 itu, cerpen berjudul Freedom hasil tulisan The Bent Pencil lebih terkesan di hati. Tertarik dengan dialog di antara Juita dan Zami. Fenomena biasa yang berlaku pada zaman ini tetapi dikisahkan dalam bentuk naratif yang menarik.

Ketakutan tuh tak dapat nak dirasai. Sampai macam tak sampai jaa. Cerita masih boleh diterima. Ada 2-3 cerpen yg best. Ada juga cerpen yg boleh agak penghujunnya. So far, jalan cerita yg bagus. Teruskan berkarya :)

Antara buku bergenre seram yang menarik pernah aku baca. Sayangnya buku ini agak nipis, orang yang pegang buku ini automatik akan khatam sekali baca dek kerana kompilasi cerpen2 seram yang menarik. Aku bagi 5 bintang tanpa segan silu.

Apa kata kau beli, dan nilai sendiri, bhai?Ahaha.Aku suka kaver buku ni.

bila lori tilam lalu depan rumah dengan seruan, "tilam! tilam! tilam lama tukar balu!" tu buat teringat kat buku ni. part lipas pun aku ingat tahu! kakaka. ok jugalah buku ni untuk hiburan.

semua cerpen aku suka. except the big one-picture-insect-yuckss that i can't stand! seriously like what-are-you for those yang main lipas macam main teddy bear. duh!

Not bad. Yang paling melekat pasal tilam tilam tuka tilam baru. tiap kali lori tilam lalu mesti aku teringat cerita tilam tu haa lulz

Ourself are more frightening.

Aku dah lama habis baca buku ni, jadi aku tak ingat sangat isi dalam buku ni. Engkorang cuba lah baca, lebih afdhal baca tengah malam atau pagi buta.

paling aku suka cerita razman. kekeke

Aku baru baca separuh buku, dah tak ingin nak sambung balik sebab takut sangat. Sudah laa aku masih belajar dan duduk di asrama. Makanya, cerpen judul 'Tilam' benar benar berkesan. Peh.

nama pun cerpen. dalam banyak-banyak ada yang bagus ada yang tak.

Speechless!Baca review aku di blog; pearlpett/2012/09

Aku baca sebab kawan2 yang aku suka menulis dalam ni. Pendapat aku akan bias, tapi tak semua yang aku kenal, aku suka tulisannya. Heh!

boleh la kot dari tak seram langsung. sweet sweet ja semua story lam ni :)

Ramai takutkan lipas lepas baca buku ni. Jadi aku beli. Tapi tak, aku masih boleh berani tengok lipas. Mujur. Kahkahkah.

hmm k la

Tak cukup takut, atau mungkin deria takut aku kian monopos.


  • [PDF] Download ↠ Ketakutan | by ↠ Aisa Linglung Izwan Hafifi Hasrul Rizwan Amal Hamsan Wan Shafiq Sang Gabriel Amirul Bozu Ophan Bunjos
    477 Aisa Linglung Izwan Hafifi Hasrul Rizwan Amal Hamsan Wan Shafiq Sang Gabriel Amirul Bozu Ophan Bunjos
  • thumbnail Title: [PDF] Download ↠ Ketakutan | by ↠ Aisa Linglung Izwan Hafifi Hasrul Rizwan Amal Hamsan Wan Shafiq Sang Gabriel Amirul Bozu Ophan Bunjos
    Posted by:Aisa Linglung Izwan Hafifi Hasrul Rizwan Amal Hamsan Wan Shafiq Sang Gabriel Amirul Bozu Ophan Bunjos
    Published :2019-01-05T00:14:10+00:00