Rejuvenasi PAS

Mujahid Yusof Rawa


Rejuvenasi PAS

Rejuvenasi PAS

  • Title: Rejuvenasi PAS
  • Author: Mujahid Yusof Rawa
  • ISBN: 9789834466817
  • Page: 485
  • Format: Paperback



Kata Pengantar Tahniah Buat Dr Mujahid RawaGerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.Politik adKata Pengantar Tahniah Buat Dr Mujahid RawaGerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza.Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi s.a.w dan al Khulafa al Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu.Demikian politik dalam era negara bangsa nation states tidak sama dengan era empayar sebelum itu Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia.Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang na f dan dangkal dalam memahami tabiat politik naturalness of politics , sekaligus rasional dan tabiat Islam naturalness of Islam itu sendiri.Semasa awal kebangkitan Islam, gerakan Islam khususnya yang banyak bercakap tentang politik banyak melaungkan slogan slogan yang belum diuji keberkesanannya Sebahagian slogan itu didokong oleh sebahagian mereka dengan penuh dogmatik dan retorik.Padahal, sebahagian besarnya hanyalah ijtihad ataupun tafsiran yang dibuat dengan pengaruh tertentu Sedangkan Islam lebih luas dan terbuka dibandingkan dogma dan retorik tersebut.Kesempitan beberapa pegangan mereka khususnya apa yang dikaitkan dengan teori Daulah Islamiyyah ataupun Islamic State telah menghalang mereka maju ke hadapan Slogan mereka menakutkan sebahagian rakyat.Islam yang menjadi agama rahmat, diungkap dan dilaungkan secara yang menggusarkan Fokus terhadap menghukum rakyat dengan hukuman syariah lebih banyak dari bicara tentang memberikan service dan hak hak rakyat yang dibela oleh syariah.Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat robot patuh shariah bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.Setelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya gerakan Islam berubah Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad ijtihad baru mengenai politik Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks Mula sedar betapa politik terdedah kepada perubahan.Islam hanya menetapkan dasar dasar umum Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan gagal melaksanakan urustadbir yang baik good governance , rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain lain penyakit yang men jahanam kan negara.Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, pengurusan yang kemas dan maju Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal hal berkenaan.Datang gerakan Islam pula memberikan fokus yang tidak menggambarkan sifat Islam yang memberikan service kepada kemaslahatan manusia Maka, perubahan ataupun tajdid dalam gerakan Islam itu amat diperlukan.Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah pemerintah mereka yang ada Rasuah, salahguna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama.Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya Arab Spring menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru Siapakah yang akan menjadi harapan rakyat Gerakan Islam yang terlibat dengan politik cuba tampil ke hadapan sebagai satu alternatif baru Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan Apakah mereka mahu keluar dari cengkaman golongan secularist kepada cengkaman golongan mullah clerics Apakah mereka mahu kerakusan kuasa atas nama secularism ditukar kerakusan kuasa atas nama Tuhan dan agama Sudah tentu tidak Mereka mahukan hak, keadilan dan kenikmatan hidup sebagai insan yang bermaruah dan merdeka Mereka sudah rimas dengan cengkaman penguasa Islam yang rahmat diharapkan dapat menawarkan khidmat yang mereka idamkan.Mereka ingin melihat orang yang miskin dan melarat diberikan makan Bandar yang kotor menjadi bersih Pengurusan yang buruk menjadi terurus Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah.Mereka bukan bermimpi untuk melihat tangan rakyat dipotong, ataupun wanita direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya Itu bukan mimpi mereka Itu juga bukan mimpi Islam yang penuh rahmat ini Mereka mengharapkan gerakan Islam menghilangkan sengsara mereka, bukan sekadar untuk menghukum mereka.Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru dunia kini, banyak gerakan Islam mula membuat pendekatan baru.Slogan slogan yang menakutkan telah cuba ditinggalkan Pendekatan haram, haram, haram mula ditukarkan dengan mencari dan memberi alternatif halal yang lebih baik kepada rakyat Slogan slogan Islam yang lebih memberikan harapan mula dilaungkan.Mereka mula memberikan khidmat kepada rakyat Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat.Al Ikhwan al Muslimin juga mencari pendekatan baru di Mesir Demikian al Nahdah di Tunisia Turki dilihat mengepalai hal ini Walaupun kerajaan Turki berasaskan sekularisme, tapi tokoh tokoh Islam Turki tidak bercakap tentang perlembagaan kufur atau ingin menghapuskan perlembagaan, sebaliknya bekerja dalam kerangka yang ada.Ini adalah sama dengan apa yang dibuat oleh Ashamah, Najashi di Habshah yang mengepalai negaranya yang Kristian Dia menganut Islam secara senyap dan berhubungan dengan Nabi s.a.w melalui utusan dan surat menyurat Nabi s.a.w tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan, sebaliknya dia bekerja dalam kerangka yang ada dan termampu.Maka, pemikiran tajdid dalam memahami realiti baru amat diperlukan YB Dr Mujahid Rawa merupakan tokoh dalam PAS di Malaysia yang cuba menyuburkan usaha pembaharuan pemikiran dalam parti Islam berkenaan.Usahanya itu adalah bagi membolehkan PAS terus relevan dan mencapai maqasid politik yang dikehendaki oleh syara Usaha seperti ini amatlah penting, walaupun biasanya ia akan dikritik oleh penganut dogma lamaS itu sendiri hari ini telah banyak berubah menangani persekitaran yang ada Saya rasa, ramai yang akan terus mendokong tajdid politik dalam PAS seperti yang diusahakan oleh penulis buku ini YB Dr Mujahid Rawa.Oleh kerana usaha pembaharuan sentiasa memakan korban nya, samada besar ataupun kecil, maka penulis buku ini pasti akan terkena tempiasan itu Dogma lama bukan senang hendak dibuang Namun, jika tidak dibuang, ia akan menjadi barah yang akan membawa satu kesan kepada PAS iaitu yang dikejar tidak dapat, dan yang dikendong berciciran.Dr Mujahid Rawa akan dikenang dalam sejarah PAS pada satu hari nanti atas usaha pembaharuannya Beliau menawarkan ubat ataupun vitamin untuk PAS terus mampu bergerak dalam persekitaran yang wujud Saya rasa, ramai juga yang sudi menerima tawaran beliau, di samping ramai juga yang prajudis kerana gagal memahami realiti ataupun terlalu tersampuk dengan slogan lama.Buku ini wajar dibaca oleh ahli ahli PAS, khususnya yang terbabit dengan pengurusan PAS Sudah pasti, buku ini memerlukan lagi perbincangan dan diskusi yang lebih mendalam supaya mendekati golongan amilin dalam PAS.Saya rasa bab ketiga dan ke atas, patut menjadi tumpuan untuk didiskusikan Sebahagian asas asas perubahan disebutkan secara umum Ini memberi ruang untuk diwacanakan bagi membincangkan secara langsung isu isu semasa yang berlegar dalam politik Malaysia.Tahniah atas usaha YB Dr Mujahid Rawa atas usahanya ini Semoga Allah memberikan keikhlasan kepadanya Diharapkan juga PAS akan menikmati kesegaran politik baru dalam melayari bahtera di lautan politik yang sentiasa bergolak dan berubah.Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul AbidinOxford, UK1 April 2012


Recent Comments "Rejuvenasi PAS"

The content and discussion of the book is of huge importance for malaysian politics especially for PAS. The author's arguments to justify his claim of the need to rejuvinate PAS is, for me, arguably strong.It's a must-read to all malaysians who do believe that polititcs does affect their lives.* a piece of negative comment would be on the quality of proof-reading as there are lots of spelling errors. a significant flaw for a book of a high degree idea like this.

Kebanyakan perkara yang tidak jelas hukumnya (yang dikeluarkan Al-Quran dan Sunnah) tertakluk kepada perubahan. Perlu dijelaskan bahawa bahawa mungkin kita merasakan apa yang dikerjakan sekarang sudah elok, tetapi mesti ada ruang untuk dibaiki ke arah yang lebih baik dan itulah yang saya faham mengenai buku ini.Perincinan tentang sejarah dan konflik PAS, realiti masa kini dan bagaimana PAS perlu bertindak dalam buku ini dijelaskan dari sudut yang cukup ilmiah, tiada pengaruh emosi dan profession [...]

Penulisan yang molek sekali, tidak berat sebelah dan mengutamakan niat untuk memperbahurui PAS sebagai parti politik yang menegangkan agama. Bertunjangkan idea yang simplistik, namun kalau editor lebih menitik beratkan kualiti bagi bab-bab terakhir, lagi molek.


  • Free Download [Christian Book] ✓ Rejuvenasi PAS - by Mujahid Yusof Rawa à
    485 Mujahid Yusof Rawa
  • thumbnail Title: Free Download [Christian Book] ✓ Rejuvenasi PAS - by Mujahid Yusof Rawa à
    Posted by:Mujahid Yusof Rawa
    Published :2018-08-12T22:41:35+00:00